logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 20 Januari, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 20 Januari, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 20 Januari, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh penghindaran risiko pelabur yang melemah dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah dipengaruhi oleh pengeksport Jepun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, stokastik kekal  ditindas pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 180.90 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 181.65. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 177.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 176.94. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 178.25.

Tahap Rintangan:
180.90
181.65
182.35

Tahap Sokongan:
177.50
176.95
176.45

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan