Pasaran kewangan di United Kingdom sedang menunggu untuk minit BoE yang akan dikeluarkan hari ini pada 09:30 GMT,tiada kejutan dijangkkaan dalam kenyataan mereka.Walaubagaimanapun,daripada segi teknikal pada carta harian,pasangan GBP/USD sedang menunggu untuk momentum, menaik atau menurun,atas tahap rintangan pada 1.5247 atau bawah tahap sokongan pada 1.5025.

Pada carta H1,terdapat aksi harga yang istimewa ketika sesi Selasa,kerana pasangan GBP/USD menjumpai rintangan dinamik pada 200 SMA yang ketika ini adalah neutral.Sekarang,pasangan ini sedang mencuba untuk menurun semula kepada tahap sokongan pada 1.5128.Kecenderungan kekal menurun,kerana Indicator MACD sedang berada pada kawasan negatif dan penembusan pada tahap 1.5128 akan membuka jalan untuk penurunan yang lebih sehingga tahap 1.5084.

Tahap rintangan carta Harian: 1.5247 / 1.5424
Tahap sokongan carta harian: 1.5025 / 1.4821
Tahap rintangan carta H1: 1.5169 / 1.5251
Tahap sokongan carta H1: 1.5128 / 1.5084
Cadangan perdagangan untuk hari ini:Berdasarkan pada carta H1,letakkan pesanan jual (short) hanya jika pasangan GBP/USD menembusi graf penurunan;tahap sokongan adalah pada 1.5128,take profit pada 1.5084 dan stop loss pada 1.5172.
