
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun setelah harga mencapai pada tahap rendah dua tahun setengah 0.7546 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan bacaan yang lebih rendah berbanding jangkaan dalam laporan CPI New Zealand untuk suku kedua, bersama-sama dengan berita yang mengejutkan apabila Bank Kanada memutuskan untuk memotong kadar faedah pada Rabu, meningkatkan peluang untuk Bank Rizab New Zealand mengukuhkan kadar untuk tempoh jangka masa lebih panjang lagi. Pasangan mata wang NZD/USD juga dipengaruhi oleh sentimen dolar yang positif. Walau bagaimanapun, kemerosotan pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh penghindaran risiko yang malap.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan indikator Stokastik perlahan adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7540. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.74. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7625. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7710 dan sasaran kedua pada 0.7785.
Tahap Rintangan:
0.7710
0.7785
0.7810
Tahap Sokongan:
0.7450
0.74
0.7375
