logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Januari, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Januari, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan melanjutkan aliran menurun pada hari Khamis, dalam solidariti dengan kecenderungan aliran menurun yang sedang berlangsung. Harga ditutup di bawah garisan rintangan pada tahap 1.1400, mengenetepikan usaha aliran menaik yang sia-sia. Terdapat kemungkinan yang jelas bahawa harga berpotensi untuk pergi lebih jauh ke arah bawah, meningkatkan kebarangkalian EUR mencapai pariti USD.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Januari, 2015

USD/CHF: Tinjauan dalam pasaran khas ini masih tidak berubah. Tinjauan dalam pasaran ini menyatakan pasaran semasa yang tidak normal adalah melemah, walau bagaimanapun pembetulan menaik dijangkakan akan berterusan secara beransur-ansur walaupun sekali-sekala terdapat pembetulan penurunan harga yang besar. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan bergerak ke arah atas dengan sekurang-kurangnya, 500 pips pada minggu ini. Beberapa data fundamental yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari iniakan mempunyai impak yang besar ke atas pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Januari, 2015

GBP/USD: Satu perkara yang menarik mengenai mata wang GBP adalah bahawa ia kini akan berkorelasi positif dengan pasangan EUR/USD. Kedua-dua pasangan ini dilihat cenderung untuk pergi ke dalam korelasi positif antara satu sama lain - satu kebiasaan telah diwujudkan. Pada hari Khamis, harga menjunam ke arah wilayah pengumpulan yang terletak di tahap 1.5000 dan harga berpotensi untuk pergi lebih jauh ke bawah dari tahap ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Januari, 2015

USD/JPY: Tidak seperti sebahagian pasangan JPY, instrumen perdagangan mata wang ini dilihat cuba untuk memanfaatkan beberapa stamina. Kami merasakan seolah-olah terdapat penyebab di sebalik stamina mata wang USD itu sendiri. Ia bukan lagi strategi perdagangan yang bijak untuk mendapatkan dagangan menjual pada tahap ini, untuk sehingga harga berdagang di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 di atas tahap 50, menunjukkan bahawa kecenderungan pasaran bagi pasangan matawang ini telah beralih kepada aliran menaik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Januari, 2015

EUR/JPY: Kemerosotan pasaran telah kesan daripada kelemahan yang ketara dalam pada wang EUR. Terdapat Corak Pengesahan Aliran menurun yang sangat kuat pada carta dan harga berkemungkinan akan jatuh ke tahap yang lebih rendah lagi dari tahap ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Januari, 2015
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan