logo

FX.co ★ Analisis Harian USDX untuk 26 Januari, 2015

Analisis Harian USDX untuk 26 Januari, 2015

Momentum kenaikkan harga pada Indeks USDX seolah-olah tidak dapat dihalang, kerana pada sesi perdagangan yang lalu, Indeks USDX telah membuat penembusan harga yang kuatpada tahap harga 94.18. Kini, zon rintangan yang seterusnya bagi Indeks USDX adalah tahap 97.52. Pada masa ini, dari sudut gambaran teknikal, USDX adalah terlebih beli, sebagaimana indikator MACD kini sedang mencapai tahap ekstrem dan USDX berkemungkinan akan mula untuk membentuk corak aliran menaik.

Analisis Harian USDX untuk 26 Januari, 2015



Kita dapat memerhatikan pembetukan aliran menaik di atas tahap sokongan 94.38 di dalam carta 1H dan rintangan jangka masa pendek terletak di tahap 95.48, tahap tinggi terkini Jumaat. SMA 200 masih menaik, walau bagaimanapun indikator MACD adalah menurun. Namun begitu, kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa USDX telah membuat penarikan semula harga yang memihak kepada kecenderungan aliran menaik semasa. Oleh kerana itu, harga berkemungkinan akan menembusi rintangan yang terletak di tahap 95.48 dengan sasaran diletakkan pada tahap 96.63.


Analisis Harian USDX untuk 26 Januari, 2015

Tahap Rintangan Carta Harian: 97.52 / 99.17

Tahap Sokongan Carta Harian: 94.18 / 93.02

Tahap Rintangan Carta 1H: 95.48 / 96.63

Tahap Sokongan Carta 1H: 94.38 / 94.02

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 95.48, Take profit di tahap 96.63 dan stop loss pada tahap 94.32.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan