logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 27 Januari, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 27 Januari, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 27 Januari, 2015

Gambaran:

  • Pasaran mata wang GBP/USD telah menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan harga. Pergerakan arah aliran adalah kontroversi kerana harga berdagang di dalam saluran mendatar yang sempit. Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga masih lagi berdagang di antara tahap 1.5147 dan 1.4950, oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati ketika membuat tawaran untuk pasangan ini. Oleh itu, para pedagang dinasihatkan agar menunggu sehingga saluran mendatar ini berjaya ditembusi. Kemudian pasaran diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dalam erti kata lain, tawaran membeli disyorkan di atas tahap 1.4950 (mewakili 'double bottom' di dalam carta 1H) dengan sasaran pertama pada tahap 1.5077. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan memulakan gerakan menaik ke tahap 1.5110 dan seterusnya ke tahap 1.5147. Walau bagaimmanapun, adalah perlu diingatkan bahawa tahap 1.5147 akan membentuk rintangan yang kuat yang bertepatan dengan nisbah tahap Penarikan semula Fiboancci 61.8% pada tempoh masa yang sama. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi pada tahap 1.5147, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan yang kukuh daripada tahap 1.5150. Oleh itu, tawaran menjual disyorkan diambil pada tahap yang lebih rendah daripada tahap 1.5147 dengan sasaran pertama terletak 1.5050 (titik pangsi mingguan). Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bertukar kepada aliran menurun melanjutkan pembangunan aliran penurunan harga ke tahap 1.4966.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan