
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik setelah mencecah tahap tinggi lapan hari 0.9166 pada hari Selasa sebagaimana peserta pasaran kini sedang menanti keputusan kadar faedah FOMC AS. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah disokong oleh penjualan franc berbanding dagangan mata wang utama yang lain, kadar faedah Swiss negatif dan ancaman campur tangan dalam jualan SNB CHF. Walau bagaimanapun keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh sentimen dolar (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 93.96 berbanding 94.97 awal hari Selasa) penjualan saham-saham AS yang lebih rendah (S&P 500 ditutup 1.34% pada 2,029.55 semalam), pelarasan kedudukan sebelum kenyataan FOMC dikeluarkan. Pada masa yang sama, penurunan bacaan yang mengejutkan iaitu 3.4% dalam laporan pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat M-o-M pada bulan Disember (berbanding ramalan + 0.3%) dan 4.3% kenaikan tahun ke tahun dalam laporan indeks harga rumah 20 bandar S&P/Case-Shiller (berbanding ramalan + 4.6%) kenaikan mengatasi indeks keyakinan pengguna Lembaga Persidangan Amerika Syarikat kepada 102.9 pada bulan Januari daripada 92.6 pada bulan Disember (berbanding ramalan 95.1), peningkatan sebanyak 11.6% di dalam penjualan rumah baru Amerika Syarikat kepada 481,000 pada bulan Disember (ramalan + 3.0%) dan PMI Perkhidmatan Flash Amerika Syarikat bagi bulan Januari yang merekodkan bacaan 54.0 (berbanding ramalan 53.8 dan 53.3 pada Disember).
Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD dalam aliran menurun, bagaimanapun stokastik kini telah beralih kepada aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9125 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.92. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8840. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8750. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8905.
Tahap Rintangan:
0.9125
0.92
0.9250
Tahap Sokongan:
0.8840
0.8750
0.87
