
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramal akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen EUR yang negatif akibat daripada ketidaktentuan mengenai rancangan kerajaan baru Greece untuk merundingkan semula hutang negara dengan pemiutang antarabangsa. kemerosotan bagi pasangan mata wang ini juga telah didorong oleh aliran 'safe haven' yen di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko dan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan GBP/JPY kini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun.
Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana corak penurunan harga 'outside-day-range' telah selesai pada hari Rabu, MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan 5- & 15-hari kian menurun bagaimanapun stokastik kini dilihat berada pada tahap terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 179.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 180.15. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 177.15 Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 176.45. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 177.85.
Tahap Rintangan:
179.45
180.15
180.90
Tahap Sokongan:
177.15
176.45
175.75
