
Gambaran Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat telah melantun sehingga 300 pips selepas harga menembusi pada tahap terendah pada 1.2200 awal minggu ini. Pasangan ini telah ditarik kembali ke tahap 1.1260 pada hari ini, sebelum aliran menaik yang lebih tinggi melalui pada tahap 1.1340. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.2220, diikuti dengan tahap 1.1100. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 1.1420 (interim) diikuti dengan tahap 1.1620 dan lebih tinggi, masing-masing. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli pada masa sekarang dengan risiko ditetapkan di bawah tahap 1.1100 dan pasangan mata wang ini kelihatan berpotensi untuk kenaikan minima melalui tahap 1.1620/50. Masih terlalu awal untuk meramalkan perubahan arah aliran harga,tetapi pembalikan aliran menaik 'head and shoulders' yang berpotensi sedang berada di dalam proses pada carta setiap jam. Penembusan ahrga pada tahap 1.1650 akan mengesahkan perubahan arah aliran harga (penarikan smeula harga menaik yang besar) di dalam carta 4H juga.
Cadangan Perdagangan:
Mula membuka posisi membeli pada masa kini di tahap 1.1340/50, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.11 dan sasaran pada 1.1650.
Semoga berjaya!
