
Pasaran telah pun ditolak rendah dengan aggresif selepas menembusi bawah TAHAP PERMINTAAN utama sekitar 1.2100 dan 1.2000 dimana dasar bersejarah diwujudkan sebelumnya pada Julai 2012 dan Jun 2010.
Pasangan telah menajdi hampir 800 pip sejak permulaan 2015.Tambahan pula,sasaran penurunan jangka masa panjang terletak berhampiran 0.9450,terutama jika penembusan bulanan semasa bawah 1.2000 mengekalkan momentum penurunannya sehingga pengakhiran pada Januari.
Ketika beberapa minggu lepas,penurunan EUR/USD telah pun menguji tahap rendah sebelumnya yang diwujudkan pada 2005 dan 2003.Beberapa pemulihan kenaikkan sedang diperhatikan minggu ini.

Pada carta harian pasaran kelihatan lebihan belian bawah tahap harga pada 1.2000 dan 1.1900 (SOKONGAN psikologi yang menonjol dan had rendah pada saluran pergerakkan pada carta harian).
Seperti yang dicadangkan dalam artikel sebelumnya,pedagang konservatif perlu menunggu bagi penarikkan balik kenaikkan melihat harga yang baik untuk MENJUAL pasangan pada (R1 pada 1.1550 dan R2 pada 1.1700).
Zon harga pada 1.1540-1.1600 adalah zon BEKALAN yang baru diwujudkan.Posisi JUAL jangka masa pendek boleh dilakukan disini.Stop loss perlu diletakkan sedikit diatas tahap harga 1.1680.
Sebaliknya,kegigihan bawah 1.1385-1.1400 (KETINGGIAN harian yang sebelumnnya) mendedahkan tahap rendah semasa sekitar 1.1110 untuk ujian semula.
