logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Feburari, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Feburari, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Feburari, 2015

Huraian Fundamental :
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikan harga selepas mencecah tahap rendah empat tahun 0.7174 pada hari Selasa. Sentimen NZD ini telah dirangsang oleh kenaikan 9.4% dalam Indeks Harga GDT Fonterra sewaktu  lelongan Perdagangan Tenusu Global baru-baru ini. Pasangan mata wang NZD/USD ini juga telah disokong oleh sentimen USD yang melemah, permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY mengukuh di tengah-tengah sentimen risiko yang positif, dan permintaan bagi mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD melemah.

Ulasan Teknikal: 
Carta harian kelihatan  bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan 5 dan 15-kian menurun, walau bagaimanapun aliran menaik bercorak 'outside-day-range' telah berakhir pada hari Selasa, Stokastik kini telah beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:  

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.75 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7590. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7160. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.71. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7280.

Tahap Rintangan:
0.75
0.7590
0.7635

Tahap Sokongan:

0.7160
0.71
0.7040

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan