logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 10 Februari, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 10 Februari, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 10 Februari, 2015

Huraian Fundamental: 
Pasangan mata wang USD/JPY diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran 'safe haven' yen di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat 7.29% kepada 18.55, S&P 500 ditutup 0.42% lebih rendah pada 2,046.74 semalam) akibat daripada kebuntuan yang semakin meruncing di antara Greece dan pemiutangnya telah meningkatkan lagi kebimbangan untuk keluar daripada kesatuan mata wang tunggal Eropah. Selain itu, penurunan bacaan di dalam laporan eksport dan import China bagi bulan Januari telah menimbulkan kebimbangan kepada para pelabur mengenai kelembapan ekonomi global. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh sentimen mata wang dolar yang semakin melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 94.51 berbanding 94.70 awal Isnin) secara umumnya telah dilemahkan ekoran aktiviti pengambilan untung kedudukan membeli USD dan penjualan eksport Jepun. Walau bagaiamnapun, kerugian untuk pasangan USD/JPY ini sedang diganggu oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun mencatatkan 1.977% berbanding 1.938% lewat hari Jumaat), permintaan daripada pengimport Jepun, dan dasar kewangan yang ultra-longgar oleh Bank Jepun

Ulasan Teknikal: 
Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik. Purata pergerakan lima kian meningkat di atas purata pergerakan 15-hari.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 117.65. Titik pangsi kekal berada pada tahap 119. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 119.30 dan sasaran kedua pada 119.75. 5.

Tahap Rintangan: 
119.30
119.75
120.25 


Tahap Sokongan: 
118
117.65
117.25

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan