Indeks Dollar telah ditolak pada kawasan rintangan pada hari semalam dan harga kini sedang ditarik kembali ke arah bawah menuju ke tahap sokongan yang terletak pada 93.50. Indeks dolar kekal berdagangan di dalam julat dagangan. Oleh itu, aaliran harga adalah neutral. Walau bagaimanapun, aliran dagangan jangka panjang kekal menaik dengan tahap 100 sebagai sasaran yang berpotensi sekiranya harga berjaya menembusi di atas tahap 96.

Garisan hijau = rintangan
Garisan biru = sokongan
Indeks dolar kini dilihat sedang didagangkan dalam aliran mendatar diantara tahap sokongan utama dan tahap rintangan seperti yang ditunjukkan pada carta 4 jam di atas. Aliran harga ini adalah neutral sebagaimana indeks dolar berdagang di sekitar Ichimoku Cloud. Aliran kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap 95.30 manakala aliran penurunan harga pula perlu menembusi di bawah tahap 93.40. Pedagang jangka pendek disyorkan agar lebih baik perlu menunggu sehingga menerima isyarat sebelum memulakan perdagangan atau kedudukan terbuka memihak kepada julat dagangan. Dalam erti kata lain, mambil pesanan membeli berhampiran pada tahap sokongan dan mengambil pesanan menjual berhampiran pada tahap rintangan dengan strategi 'stop reverse'.

Berdasarkan kepada carta harian, indeks dolar telah menembusi di bawah Tenkan-sen dan melainkan jika harga menutup di atas tahap tersebut pada hari ini, kami menjangkakan tolakan harga yang lebih rendah ke arah Kijun sen (garisan kuning). Aliran jangka panjang kekal menaik.
