

Huraian:
Dalam analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Seperti yang telah kami jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1.5148 pada jumlah yang tinggi. Saya telah menetapkan penarikan semula Fibonacci untuk mencari tahap sokongan yang berpotensi dan mendapati bahawa penarikan semula Fibonacci 61.8% terletak pada harga 1.5020 (kini sedang diuji). Tahap rintangan pada harga 1.5150 ini telah ditembusi dengan jayanya, sekaligus mendorong harga untuk memulakan pergerakkan penurunan harga. Walau bagaimanapun, sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.4945, maka kita boleh melihat pergerakan harga ke tahap yang lebih rendah. Saya menasihatkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang belian yang berpotensi.
Tahap Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5150
R2: 1.5199
R3: 1.5278
Tahap Sokongan:
S1: 1.4992
S2: 1.4943
S3: 1.4864
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila ingin mengambil pesanan menjual pada tahap ini dan perhatikan peluang membeli selepas penarikan semula harga (beli semasa urusniaga harga rendah).
