logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 24 Februari, 2015

Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 24 Februari, 2015

Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 24 Februari, 2015

Pasaran telah pun ditolak rendah secara aggresif selepas penembusan bawah TAHAP PERMINTAAAN utama sekitar 1.2100 dan 1.2000 dimana dasar bersejarah sebelumnya diwujudkan semula pada Julai 2012 dan Jun 2010.


Pasangan EUR/USD telah kerugian hampir 800 pip sejak permulaan tahun 2015.Tambahan pula, secara teorinya sasaran penurunan jangka masa panjang akan terletak berhampiran 0.9450,terutama selepas penurunan PENUH BULANAN bawah 1.2000 (graf bulanan Januari).


Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 24 Februari, 2015

Penembusan bawah 1.2000 dan 1.1900 (SOKONGAN psikologi yang menonjol) membolehkan penurunan segera ke arah 1.1100 untk berlaku beberapa hari kemudian. 


Pedagang konservatif dicadangkan bagi menunggu penarikkan balik kenaikkan bagi harga yang lebih baik untuk JUAL pasangan EUR/USD (R1 pada 1.1550 dan R2 pada 1.1700). Walau bagaimanapun, aliran menaik pasangan EUR/USD tidak menunjukkan momentum kenaikkan harga yang mencukupi.


Malahan Flag menurun sedang diwujudkan pada carta harian. Penetapan HARIAN di bawah tahap harga 1.1260 (dasar semasa) akan mengesahkan corak penurunan harga ini.


Pedagang konservatif disarankan agar menunggu untuk Kemasukkan MENJUAL berisiko rendah semasa ujian semula harga pada zon 1.1570-1.1590.


Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 24 Februari, 2015

Zon harga pada 1.1470-1.1490 baru sahaja mewujudkan zon BEKALAN pada carta H4 (had atas pada zon penyatuan yang baru diwujudkan). 


Posisi JUAL jangka masa pendek boleh dilakukan disini.Stop loss perlu diletakkan sedikit atas tahap harga pada 1.1530 (ketinggian semasa). 


Tambahan pula,pedagang berisiko boleh menunggu bagi penutupan HARIAN bawah 1.1260 (tahap PERMINTAAN semasa,had rendah pada zon penyatuan H4). Ini kemungkinan menandakan kunjungan penurunan ke arah tahap rendah MINGGUAN sekitar 1.1110.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan