logo

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Mac, 2015

Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Mac, 2015

Indeks Dolar masih didagangkan dalam aliran menaik untuk kesemua carta masa. Setelah isyarat membeli kelihatan pada kawasan penembusan segi tiga, indeks Dollar ini tidak ditolak ke arah belakang di bawah kawasan penembusan harga. Kami melihat ujian semula harga pada kawasan penembusan harga terdahulu dan kini kita dapat melihat indeks sedang membuat corak harga tinggi pada tahap yang lebih tinggi dan corak harga rendah pada tahap lebih tinggi.

Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Mac, 2015

Garisan merah = corak segi tiga



Indeks Dollar masih didagangkan di atas Ichimoku cloud dan dalam aliran menaik sebagaimana harga telah menembusi di atas tahap 95 di mana sempadan segitiga atas berada. Aliran harga masih menaik selagi harga didagangkan di atas tahap 94. Saya masih meneruskan ramalan penembusan harga ke arah tahap tinggi baru berhampiran pada tahap 97-98.


Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Mac, 2015



Carta bulanan indeks Dolar menyatakan kenaikkan harga sepenuhnya. Rintangan yang kuat terletak pada tahap 95.80-96 di mana penarikan semula harga 50% terletak. Saya menjangkakan bahawa tahap ini akan ditembusi dan indeks Dollar akan bergerak menuju ke arah Penarikan semula 61.8% dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. Sasaran didapati terletak pada tahap 100-101.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan