logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 13 Mac, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 13 Mac, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 13 Mac, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan aakn mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik setelah mencecah pada tahap tinggi empat hari 0.7442 pada hari Khamis. Sentimen dolar NZ telah dirangsang oleh kenaikan 5.2 mata dalam pelarasan bermusim indeks pembuatan BusinessNZ kepada 55.9 pada bulan Februari berbanding bulan sebelumnya. NZD/USD juga disokong oleh hasil pengkamiran pasangan mata wang NZD-USD, sentimen dolar yang melemah, permintaan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY mengukuh di tengah-tengah penurunan penghindaran risiko, dan permintaan bgai mata wang dolar NZ sewaktu pasangan EUR/NZD, GBP/NZD melemah dan pada pasangan NZD/CAD dan NZD/CHF memberangsangkan. Keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah diganggu oleh penjualan dolar NZ sewaktu pasangan AUD /NZD mengukuh dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Ulasan Teknikal:
Carat harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun stokastik adalah aliran menaik pada ahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7380 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7445. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7215. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7180. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7275.

Tahap Rintangan:
0.7380
0.7445
0.75

Tahap Sokongan:
0.7215
0.7180
0.7150

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan