logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 17 Mac, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 17 Mac, 2015

Perhatian para pedagang tertumpu kepada laporan mesyuarat Rzab Persekutuan yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari esok. Semasa sesi dagangan semalam, Amerika Syarikat telah mengeluarkan data ekonomi yang melemah. Emas menutup pada kecenderungan negatif. Logam kuning kelihatan mengukuh pada tahap yang lebih rendah. Kenaikkan harga tidak kekal seperti yang telah diramalkan. Harga emas kini sedang didagangkan di bawah tekanan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan. Sokongan selari dilihat berada masing-masing pada tahap $ 1,145.00 dan $ 1,140.00. Harga telah mengukuh selama 4 hari berturut-turut. Rizab Persekutuan kekal pada nada agresif. Kami menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan bakal menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% pada bulan Jun atau September. Harga kini sedang diniagakan pada tahap rendah 52 minggu, iaitu pada 1.147,00. Dolar AS yang lebih kukuh telah memberikan kesan ke atas harga emas. Dolar AS diramalkan akan kekal mengukuh Pada sesi dagangan Asia hari ini, logam emas ini telah didagangkan lebih rendah. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap harga $ 1,147.00 dengan sasaran diletakkan masing-masing pada tahap harga $ 1,140.00, $ 1,137.00, $ 1,124.00, $ 1,120.00, $ 1,115.00, dan $ 1,100.00. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada $ 1.149,00 dan $ 1,147.00. Rintangan dilihat berada pada tahap 11.558,00. Rintangan mingguan ditetapkan sekitar harga $ 1,168.00. Harga berdagang dalam julat $ 30. Perdagangan: Kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap $ 1,158.00 dengan sasaran diletakkan pada $ 1,162.00, $ 1,166.00, $ 1,168.00 dan $ 1,170.00, masing-masing.

Analisis Teknikal Emas untuk 17 Mac, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan