logo

FX.co ★ Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama 24 Mac, 2015

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama 24 Mac, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang ini melanjutkan aliran menaik sebanyak 150 pips pada hari Isnin, menembusi garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.0950 sebelum berlakunya penarikan semula harga kecil. Garisan rintangan akan dicapai dengan segera sebagaimana sasaran pasaran yang seterusnya adalah garisan rintangan 1.1000, yang mana ia juga boleh ditembusi dengan mudah kerana pasaran terus mengukuh.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama 24 Mac, 2015

USD/CHF: Seperti yang diramal, pasangan mata wang USD/CHF telah didagangkan jauh lebih rendah, bertentangan dengan pergerakan menaik pada pasangan EUR/USD. Pada masa ini, kami sedang memerhatikan tahap sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 0.9600 dan 0.9550, berkemungkinan akan ditembusi pada minggu ini selagi pasangan ini melemah.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama 24 Mac, 2015

GBP/USD: Pergerakan kenaikkan harga pada mata wang pound kelihatan agak kecil berbanding dengan pasangan EUR/USD. Walau bagaimanapun, kelihatan terdapat ancaman yang besar terhadap Corak Pengesahan Penurunan harga baru-baru ini di dalam pasaran. Ia tidak akan terbatal sehingga harga melintasi wilayah pengedaran pada tahap 1.5000 dan 1.5050 untuk arah menaik.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama 24 Mac, 2015

USD/JPY: Pasaran ini terus menunjukkan kelemahan; perlahan-lahan dan beransur-ansur. Tahap permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 119.50 dan 119.00 berkemungkinan akan diuji tidak lama lagi tetapi pasangan boleh melakukan kerja yang baik dalam menghentikan kesinambungan aliran menurun. Tinjauan bagi pasangan ini adalah menaik untuk minggu ini. Harga berkemungkinan akan mengukuh pada bila-bila masa sahaja, selagi ia masih didagangkan di atas tahap permintaan seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya pasangan mata wnag ini menembusi tahap permintaan untuk aliran menurun, maka jangkaan kenaikan harga berpotensi untuk menjadi tidak sah.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama 24 Mac, 2015

EUR/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini telah berjaya melonjak ke tahap lebih tinggi, ekoran kekuatan pada mata wang euro baru-baru ini. Kenaikkan harga ini telah berlangsung sejak minggu lalu, telah memberi gambaran kenaikkan harga yang jelas dalam pasaran. Ia mungkin hanya permulaan perjalanan aliran kenaikkan harga yang serius.

Analisis Harian untuk Pasangan Mata Wang Utama 24 Mac, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan