Logam kuning telah melanjutkan pencapaian cemerlang 5 hari semalam. Mesyuarat FOMC telah mendorong kepada kenaikkan harga bagi emas. Logam ini diniagakan pada tahap tinggi 2-minggu. Selepas data PMI China merekodkan bacaan yang agak perlahan, emas telah ditolak ke tahap $ 1,185.60. Emas telah menembusi sokongan selari yang terletak pada tahap $ 1,185.00 dan menukar arah aliran harga. Logam ini juga telah menembusi tahap sokongan $ 1,185.00 sebanyak dua kali pada sesi dagangan semalam. Corak perdagangan telah dirangka antara tahap harga $ 1,195.00 dan $ 1,185.00. Pasangan ini telah menembusi tahap tinggi 12 jam pada harga $ 1,194.60. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesnana membeli baru HANYA di atas $ 1,195.00 dan menjual di bawah $ 1,185,00. Tidak terdapat sebarang perubahan dari segi prospek fundamental dan teknikal untuk emas. Hanya dolar AS telah kehilangan kekuatannya. Kita boleh menjangkakan bahawa emas baakl menguji ke arah tahap harga $ 1,200.00 dan $ 1,206.00, sekiranya harga menembusi di atas $ 1,195.00. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap $ 1,185.00. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah $ 1,185.00 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap $ 1,179.00, $ 1,177.50, $ 1,173.00, dan $ 1,167.00 dengan sl pada tahap $ 1,188.00. Sokongan Mingguan dilihat terletak pada tahap $1,1770.00 $ dan $ 1,167.00. Menjelang pengumuman beberapa buah data ekonomi AS, emas telah diniagakan pada kecenderungan yang lebih rendah. Sekiranya data ekonomi yang dinyatakan di atas mengatasi jangkaan, maka kita boleh menjangkakan bahawa USD akan meningkat dan harga emas akan berada di bawah tekanan.
Perdagangan: ambil pesanan membeli di atas tahap $1,195.00.
Ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,185.00.

