logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Mac, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Mac, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Mac, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 96.92 berbanding 97.23 awal Rabu) selepas penurunan yang mengejutkan iaitu sebanyak 1.4% dalam laporan pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat bagi bulan Februari (berbanding ramalan + 0.2%). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh jualan eksport Jepun, aliran 'safe haven' yen dan penamatan pembiayaan dagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat 13.36% kepada 15.44, S&P 500 ditutup 1.46% lebih rendah pada 2,061.05 semalam) ekoran data ekonomi barangan tahan lama AS yang melemah telah menimbulkan kebimbangan tentang pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat. Kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun, dasar monetari Bank Jepun yang ultra-longgar, dan kadar hasil Perbendaharaan AS lebih tinggi (10 tahun pada 1.928% berbanding 1.878% lewat Selasa) selepas jualan sebanyak $ 35 bilion daripada nota perbendaharaan lima tahun telah memenuhi permintaan yang kurang memberangsangkan.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebaimana MACD dan stokastik adalah aliran menurun, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan 5 hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15 hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.65. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 118.25. Titik pangsi kekal berada pada tahap 119.35. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 119.95 dan sasaran kedua pada tahap 120.30.

Tahap Rintangan:
119.95
120.30
120.65

Tahap Sokongan:
118.65
118.25
117.85

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan