logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 06 April, 2015

Analisis Harian GBP/USD untuk 06 April, 2015

Masih terdapat risiko yang tinggi untuk aliran kenaikkan harga pada carta harian sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD kini kelihatan sedang cuba untuk menembusi zon rintangan yang terletak di sekitar tahap 1.4948 untuk mencapai sasaran seterusnya pada tahap 1.5086. Juga, pasangan mata wang GBP/USD kini sedang mendapat sedikit tekanan aliran menurun daripada tahap rintangan tersebut, oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa pasangan ini akan meneruskan aliran penurunan harga untuk dagangan jangka sederhana dan panjang.

Analisis Harian GBP/USD untuk 06 April, 2015


Sepertimana yang telah disebutkan mengenai pasangan GBP/USD di dalam artikel kami sebelum ini, pasangan ini telah mengukuh di atas 200 SMA pada carta H1 yang mana ia kini sedang membentuk corak kenaikan harga di bawah tahap rintangan 1.4921. Penembusan harga pada tahap harga itu akan membawa harga begrerak ke tahap yang lebih yakin sehingga mencecah ke zon harga di sekitar tahap 1.4968, sebagaimana pasangan GBP/USD kini telah membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi. Bagaimanapun, kerana keseluruhan aliran harga adalah menurun, kami menjangkakan bahawa harga akan ditarik semula pada tahap harga semasa.

Analisis Harian GBP/USD untuk 06 April, 2015

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.4948 / 1.5086

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.4820 / 1.4649

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.4921 / 1.4968

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.4842 / 1.4774



Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.482, take profit di tahap 1.4774, dan stop loss pada tahap 1.4912.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan