logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 April, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 April, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 April, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang bertambah baik (Spot ICE indeks dolar terdahulu yang mencatatkan 97.07 berbanding 96.63 awal Isnin) selepas laporan ekonomi ISM bukan Pembuatan Amerika Syarikat bagi bulan Mac menunjukkan prospek pertumbuhan yang lebih cerah. PMI bukan pembuatan susut tidak disangka-sangka kepada 56.5 berbanding 56.9 pada bulan Februari (berbanding ramalan 56.9). Indeks Pekerjaan ISM Bukan perkilangan meningkat kepada 56.6 pada bulan Mac daripada 56.4 pada bulan Februari. Pesanan baru meningkat kepada 57.8 pada bulan Mac daripada 56.7 pada bulan Februari, manakala indeks eksport melonjak kepada 59.0 berbanding 53.0. Juga, Dudley Fed berkata bahawa kelemahan ekonomi AS adalah mungkin disebabkan oleh faktor-faktor sementara seperti musim sejuk yang teruk, harga tenusu yang melemah, dan jualan dolar NZ semasa pasnagan AUD/NZD melantun semula. Walau bagaimanapun, kerugian NZD/USD kini sedang diganggu oleh selera risiko pelabur yang bertambah baik dan kepentingan pengkamiran NZD-USD.

Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah di dalam mod kenaikkan harga. The daily chart is still positive-biased as the MACD and stochastics are in bullish mode. Bagaimanapun corak 'inside-day-range' telah selesai pada hari Isnin.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7620 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7665. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7460. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7420. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7510.

Tahap Rintangan:
0.7620
0.7665
0.7695

Tahap Sokongan:

0.7460
0.7420
0.7375

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan