Pasangan mata wang ini mempunyai momentum yang kuat selepas menjunam selama 2 hari. Pasangan ini meningkat lebih rendah selepas menguji tahap 1.4981 dan carta kelihatan negatif untuk pasangan ini, dengan kemungkinan untuk corak 'double top' untuk terbentuk pada carta 4H, dengan tahap tinggi 1.4995. Tahap 1.5000 kelihatan amat sukar untuk ditembusi. Pada sesi dagangan semalam, pasangan ini telah memadamkan separuh daripada keuntungan urusniaga harian yang telah berjaya menutup di atas 2Dsma. Harga telah mengukuh pada tahap harga yang lebih rendah untuk 5-minggu. Pada bulan November 2014, pasagan ini telah mengukuh untuk tempoh enam minggu dan telah menembusi untuk aliran menurun. Kini hanya tinggal satu minggu sahaja lagi untuk melihat perubahan aliran harga. Sekiranya harga menutup di atas 1.5000, maka aliran menaik berkemungkinan akan menguji tahap 1.5100, 1.5165, dan 1.5235. Urusniaga dan corak intra-minggu memihak kepada aliran menurun. Tahap utama antara minggu didapati terletak pada tahap 1.4740. Jika harga menutup di bawah tahap harga ini, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa pada tahap 1.5000 dalam tempoh terdekat dan harga akan meneruskan aliran ke arah tahap 1.4635 dan 1.4500. Akhirnya, pound kelihatan lemah berbanding USD. UK perlahan-lahan menghampiri pilihan raya umum yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei. Peserta pasaran menjangkakan pound akan berdagang di bawah tekanan menurun. Untuk sesi urusniaga harian, sokongan didapati terletak pada tahap 1.4850 dan 1.4800. Hari ini, perhatian para pedagang akan tertumpu kepada laporan tuntutan pengangguran AS dan keputusan kadar faedah UK. Jika laporan mencatatkan bacaan yang positif, maka kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah 1.4850 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.4800 dan 1.4740. Panik akan dicetuskan di bawah 1.4740 ke arah paras terendah baru. Jika bacaan negatif, kami akan mencadangkan pesanan membeli di atas tahap 1.4900 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.4930, 1.4965, dan 1.4995. Pergerakkan harga ketara mungkin akan berlaku di atas 1.5000.
Perdagangan: Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.4840

