logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 09 April, 2015

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 09 April, 2015

Huraian Umum untuk 09/04/2015 08:50 CET

Perkembangan gelombang impulsif telah dibatalkan pada hari semalam apabila gelombang 2 bertindih dengan gelombang 1. Ini adalah merupakan faktor utama untuk menukar perkiraan keseluruhan kepada perkiraan alternatif. Dalam kiraan semasa, terdapat kemungkinan bahawa gelombang 4 kini telah selesai, bagaimanapun pembangunan gelombang masih menunjukkan bahawa kitaran pembetulan yang lebih kompleks dan memakan masa yang lebih panjang. Tahap utama untuk mengekalkan senario perkembangan gelombang impulsif adalah sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 1.2505 di mana lantunan pada gelombang -iv- biru adalah diramalkan. Penembusan harga di atas zon yang terletak di antara tahap 1.2632-1.2653 adalah merupakan pengesahan pertama untuk kemungkinan gelombang impulsif 5 hijau menaik.

Sokongan/Rintangan:

1.2390 - Ayuanan Rendah

1.2505 - Sokongan Urusniaga Harian

1.2632 - 1.2653 - Zon Penembusan Permintaan

1.2699 - 78%Fibo

Cadangan Perdagangan:

Daytraders harus mempertimbangkan untuk membuka kedudukan membeli daripada tahap 1.2505 dengan SL dietetapkan di bawah tahap 1.2480 dan TP pada tahap 1.2632.

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 09 April, 2015


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan