
Huraian:
- Rintangan bagi pasangan mata wang AUD/USD telah ditetapkan pada tahap 0.7735 dan sokongan ditetapkan pada tahap 0.7628. Oleh yang demikian, menurut peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang AUD/USD ini diramalkan akan bergerak di antara tahap rintangan dan sokongan. Sejarah mungkin akan berulang sekali lagi pada tahap ini. Oleh itu, kami menjangkakan julat dagangan diantara 100 pips pada 10 April 2015. Jika aliran harga ini gagal untuk menutup di atas tahap 0.7730, maka ia akan menjadi peluang terbaik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.7730 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7650, kemudian harga diramalkan akan meneruskan pergerakkan menuju terus ke arah 0.7630. Walau bagaimanapun, stop loss perlu sentiasa diambil kira kerana ia tidak boleh melebihi jumlah pendedahan maksimum anda. Oleh itu, lokasi yang terbaik untuk menetapkan stop loss adalah di atas tahap 0.7750.
Nota:
- Nilai 50% Tahap Penarikan semula Fibonacci: 0.7735.
- Sokongan utama akan ditetapkan pada tahap 0.7740.
- Rintangan utama akan ditetapkan pada tahap 0.7625.
- Risiko 70 pips harus membuat keuntungan 105 pips.
- Jika arah aliran bersifat menaik, maka kekuatan mata wang akan ditakrifkan seperti berikut: AUD adalah arah aliran menaik dan USD adalah arah aliran menurun.
