
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF ini sedang berdagang dalam aliran menurun diantara tahap 1.4350 dan 1.4400 selepas tahap harga 1.4400 ini diuji sebanyak dua kali sebelum ini. Pada masa ini, pasangan ini kelihatan seolah-olah akan menghasilkan corak graf bar lilin penyelubungan penurunnan harga pada carta 4H dan mungkin juga akan berdagang ke tahap yang lebih rendah. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual dengan risiko ditetapkan di atas 1.4450. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.4270 dan diikuti masing-masing oleh tahap 1.4110, 1.4000, 1.3850, dan lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 1.4630 diikuti oleh tahap 1.4800, 1.4950, dan lebih tinggi, masing-masing. Aliran penurunan harga perlu bersedia untuk terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di bawah tahap 1.4450.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.4490, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
