Pasangan mata wang GBP/USD terus membuat pergerakkan pembetulan harga pada kecenderungan menaik, bagaimanapun harus diingatkan bahawa pasangan kini sedang berada di dalam aliran menurun keseluruhan pada carta harian. Pasangan ini juga akhirnya diramalkan akan jatuh sehingga harga mencecah ke tahap sokongan 1.4649 dan membuat penembusan harga pada tahap tersebut untuk kesinambungan aliran penurunan harga.
Sebaliknya, penembusan harga pada tahap 1.4820 berkemungkinan akan membuka jalan bagi pasangan untuk melonjak naik sehingga mecapai tahap 1.4976.

Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan mempunyai rintangan dinamik pada purata pergerakkan 200 dan ia masih mencari laluan menurun. Walau bagaimanapun, kita boleh menjangkakan satu lagi pergerakkan menaik sehingga harga mencapai zon rintangan yang terletak pada tahap 1.4800, yang mana ia adalah merupakan tahap psikologi utama untuk gambaran urusniaga harian. Bagaimanapun, tinjauan umum kita masih memihak kepada prospek penurunan harga.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.4820 / 1.4976
Tahap Sokongan Carta Harian:1.4649 / 1.4540
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.4800 / 1.4838
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.4728 / 1.4684
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.4728, take profit di tahap 1.4648, dan stop loss pada tahap 1.4770.
