logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 April, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 April, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 April, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas hampir mencecah tahap tinggi tiga bulan 0.7697 pada Khamis. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang negatif, permintaan bagi mata wang dolar NZ pada pasangan NZD/JPY yang memberangsangkan dan juga kepentingan pengkamiran NZD-USD. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan NZD/USD ini telah terjejas ekoran daripada kejatuhan harga tenusu dan penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD memberangsangkan dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari melintasi crossover menaik terhadap purata pergerakkan 15 hari, isyarat parabola menaik 'stop-and-reverse' telah dicapai pada hari Khamis.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7740 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7790. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7575. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7540. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7620.

Tahap Rintangan:
0.7740
0.7790
0.7845

Tahap Sokongan:
0.7575
0.7540
0.75

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan