
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan risiko lebih rendah setelah harga menembusi pada tahap tinggi tiga bulan 0.7740 pada hari Jumaat. Pasangan mata wang NZD/USD ini telah dilemahkan oleh CPI New Zealand Suku Pertama yang lebih rendah berbanding ramalan -0.3% pada suku tahunan (berbanding ramalan yang mengunjurkan -0.2%), peningkatan penghindaran kepada risiko pelabur dan kemerosotan harga tenusu. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh kepentingan pengkamiran pasangan NZD/USD.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih belian, purata pergerakkan lima hari kini berada di atas prata pergerakkan 15-hari dan semakin meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7740 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7790. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7575. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7540. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7620.
Tahap Rintangan:
0.7740
0.7790
0.7845
Tahap Sokongan:
0.7575
0.7540
0.75
