
Huraian::
Pasaran bagi pasangan mata wang USD/CAD terus menunjukkan tanda-tanda kekuatan selepas harga menembusi pada tahap 1.2087 (double bottom pada carta 1H). Oleh itu, rintangan bagi pasangan USD/CAD telah ditembusi dan ia telah bertukar kepada sokongan sejak minggu ini. Selain itu, pasangan mata wang ini telah membentuk sokongan yang kuat pada tahap 1.2087. Oleh yang demikian, pasaran telah menunjukkan peluang kenaikan harga pada tahap 1.2090 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2230 dan seterusnya ke arah tahap 1.2315. Sebaliknya, jika aliran harga berjaya menembusi pada tahap ini dan menutup di bawah 1.2087, maka ia akan menjadi satu momentum penurunan harga yang agak meyakinkan. Struktur penurunan harga bukan bersifat pembetulan sebagaimana pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga pada tahap 1.2087. Oleh itu ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap ini dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 1.2054 dan 1.2010.
Cadangan Perdagangan:
- Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, harga kelihatan masih didagangkan di antara tahap 1.2087 dan 1.2230.
- Ambil pesanan membeli diatas tahap 1.2087 dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.2230 dan seterusnya pada tahap 1.2310.
- Untuk dagangan jangka panjang, perhatikan aliran penurunan harga yang selanjutnya dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.2010 dibawah rintangan 1.2310.
- Sila semak volatiliti pasaran sebelum melabur, sebagaimana harga telah ditembusi dan senario mungkin akan terbatal.
