logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk,23 April, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk,23 April, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk,23 April, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang bertambah baik (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 98.04 berbanding 97.95 awal Rabu) selepas laporan jualan rumah sedia ada AS mencatatkan bacaan yang lebih kukuh daripada jangkaan iaitu peningkatan sebanyak 6.1% kepada 2.19 juta pada bulan Mac, paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan (berbanding ramalan + 3.1%). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah disokong oleh peningkatan kadar hasil Perbendaharaan AS (10 tahun pada 1.982% berbanding 1.914% lewat Selasa), permintaan daripada pengimport Jepun dan dasar monetari Bank Jepun yang ultra-longgar dan dana pembiyaan perdagangan yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang positif (tolok ketakutan VIX susut 4.08% kepada 12.71) berikutan peningkatan saham AS semalam (S&P 500 ditutup naik 0.51% pada 2,107.96). Walau bagaimanapun, keuntungan pasangan USD/JPY telah terjejas akibat daripada jualan pengeksport Jepun.

Komen Teknikal:
Carta harian berkecenderungan positif sebagaimana stokastik semakin meningkat dari tahap terlebih jual, bar histogram MACD kini beralih positif.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 120.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 120.85. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 119.35. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 119.10. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 119.60.

Tahap Rintangan:
120.45
120.85
121.35

Tahap Sokongan:
119.30
119.10
118.85

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan