Pada bulan April, data PMI yang melemah telah menunjukkan momentum pertumbuhan yang lebih perlahan bagi sektor pembuatan AS, dengan jumlah pengeluaran dan pekerjaan baru kedua-dua berkembang pada kadar yang lebih lemah berbanding dengan bulan sebelumnya. Ia telah mendorong kejatuhan dalam pelarasan berusim Indeks Pembuatan Pembelian Pengurus Markit (PMI) Flash AS kepada 54.2 pada bulan April berbanding 55.7 pada bulan Mac.
Pada minggu yang berakhir 18 April, bacaan tuntutan awal pelarasan mengikut musim direkodkan sebanyak 295,000, menunjukkan peningkatan sebanyak 1,000 daripada bacaan yang tidak disemak minggu lepas sebanyak 294.000.
Data AS menolak lembut mata wang Amerika untuk menguji semula 50Dsma. Ini adalah kali keempat apabila USDX meletakkan sokongan pada tahap 50 Dsma untuk ujian. Indeks USDX telah mengukh pada 20 Dsma yang mana ia kemudianya berakhir dengan kecenderungan negatif. Indeks ini berkemungkinan besar akan membuat 'double top' diantara tahap 98.46 dan 98.43. Sokongan didapati terletak pada tahap 97.00. Julat dagangan hari ini dilihat berada di antara 97.00 dan 97.90.
USD/JPY
Dolar AS diniagakan pada tahap 119.50 semasa sesi dagangan Asia Rabu berbanding 119.58 pada penghujung hari. Pasangan mata wang ini telah memadamkan keuntungan awal dan menutup di bawah 20&50 dsma. Hari ini, pasangan ini mempunyai rintangan yang kuat pada 20 Dsma 119.70 pada sesi dagangan Asia. 'Double bottom' telah ditubuhkan di antara tahap 118.33 dan 118.54.
Sokongan paling hampir kelihatan terletak pada tahap 119.30 100Dsma. Kami masih mencadangkan pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah. Berdasarkan kepada carta empat jam, 200Dsma pada tahap 120.10 telah bertindak sebagai rintangan yang kuat. Sokongan setiap jam pula kelihatan terletak pada tahap 119.30. Perdagangan: Ambil pesanan membeli dengan sl diletakkan pada tahap 119.30 CMP 119.50 dengan sasaran pada 119.70 atau membeli di atas 119.70 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 120.00 dan 120,10. Sekiranya data ekonomi mencatatkan bacaan yang negatif dari Amerika Syarikat, maka adalah disyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 119.30 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 119.00 dan 118.50. Mereka yang ingin membeli semasa urusniaga harga rendah boleh mengambil pesanan membeli di antara tahap 118.55 dan 118.40 dengan sl berada pada tahap 118.00. Pandangan ini sah kepada positional traders.

