
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikan harga selepas mencecah tahap rendah tiga minggu 0.7457 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan ekoran penurunan bacaan di dalam data pengangguran New Zealand Suku pertama, harga tenusu yang melemah, penjualan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur, dan penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh sentimen USD yang negatif dan perbezaan kepentingan pasangan NZD-USD.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakakn lima hari kini sedag berada di bawah purata pergerakkan 15 hari dan semakin menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7580 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7635. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7410. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7370. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7455.
Tahap Rintangan:
0.7580
0.7635
0.7665
Tahap Sokongan:
0.7410
0.7370
0.7310
