
Tahap BEKALAN yang ketara terletak sekitar 1.5300 (38.2% tahap Fibonacci mingguan) dan 1.5500 (50% mingguan tahap Fibonacci) telah pun menyediakan BEKALAN yang ketara terhadap pasangan GBP/USD bagi beberapa bulan.
Bukti pemulihan kenaikkan muncul daripada kawasan sekitar 1.4550 dimana penyelubungan kenaikkan mingguan yang ketara ditunjukkan.
Seperti yang dinyatakan dalam artikel yang sebelumnya,bertahan atas tahap 1.5000-1.5080 mendedahkan zon bekalan mingguan pada 1.5500-1.5550 (secara kasarnya sepadan kepada 50% tahap Fibonacci),dimana tekanan penurunan yang ketara dikenakan.
Penutupan graf mingguan semasa perlu diperhatikan untuk menentukan destinasi seterusnya sebagai pasaran bertahan atas 1.5300 mengenakan tekanan kenaikkan yang kuat pada tahap 1.5500 (50% tahap Fibonacci mingguan).

Pergerakkan arah tepi dengan sedikit kecenderungan penurunan telah pun ditunjukkan pada carta harian sehingga penembusan kenaikkan berlaku atas 1.4970-1.5000 (melalui graf kenaikkan yang penuh).
Zon harga diantara 1.5000 dan 1.5050 (38.2% dan 50% tahap Fibonacci harian) ketika ini bertepatan dengan tahap permintaan yang menonjol bagi pasangan GBP/USD.
Seperti yang dijangkakan,ianya menyediakan kemasukkan beli yang sah pada ujian semula yang berlaku pada Selasa.S/L perlu dinaikkan kepada 1.5050 (hanya bawah tahap kemasukkan) untuk mengimbangi risiko.
Sasaran kenaikkan terletak pada 1.5300,1.5350 dan 1.5430 dimana kejayaan berjaya dicapai.
Sebaliknya,penutupan harian atas zon bekalan mingguan 1.5500-1.5530 mendedahkan tahap bekalan seterusnya pada 1.5720 (100% Fibonacci expansion pada ayunan kenaikkan semasa).
