GBP/AUD
Pasangan mata wang ini telah membuat pembentukan corak harga rendah yang lebih rendah selama 8 bulan berturut-turut. Pasangan mata wang ini juga telah melanjutkan keuntungan selama 4 hari berturut-turut. Parti konservatif menang dan laporan inflasi agresif dijangka. Inflasi dan pengeluaran Jawatankuasa bakal diketahui dalam Laporan Inflasi yang dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 10.30 pagi pada hari Rabu, 13 Mei. Faktor-faktor ini akan meningkatkan sentimen terhadap pound British. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi tahap tinggi yang lebih rendah pada 1.9649 dan mencecah tahap tinggi pada 1.9762. Walau bagaimanapun, semasa sesi dagangan Asia hari ini, aussie diniagakan lebih tinggi berbanding GBP. Ia berkemungkinan besar akan membuat "double top" di atas tahap 1.9762, sekiranya harga gagal untuk menembusi tahap tinggi hari sebelumnya. Kami mengesyorkan kepada para pedagang pesanan membeli baru di atas tahap 1.9765 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.7995, 1.9860, 2.000/2.0022, 2.0040 dan 2.0110, 2.0300 dan kemudianya mungkin pada 138.2 FE. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.9649. Kami mengesyorkan jualan urusniaga harian di bawah 1.9645 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.9600 dan 1.9525.
Perdagangan: Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.9765, dan menjual di bawah tahap 1.9645.

