
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh penularan kelemahan pasangan EUR/USD lunak dan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY kini sedang diganggu oleh permintaan dari pengimport Jepun, sentimen risiko pelabur yang positif, dan permintaan sterling tengah-tengah kelemahan pasangan mata wang EUR/GBP.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan 5 dan 15-hari kian meningkat, bagaimanapun Stokastik kini telah beralih kepada penurunan harga pada tahap terlebih beli. corak penurunan harga "outside-day-range" telah selesai pada Isnin.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 187.3. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 186.65. Titik pangsi kekal berada pada tahap 188.60. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 189.20 dan sasaran kedua pada tahap 189.75.
Tahap Rintangan:
189.20
189.75
190.35
Tahap Sokongan:
187.3
186.65
186
