logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 20 Mei, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 20 Mei, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 20 Mei, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Sentimen dolar NZ terjejas berikutan penurunan sebanyak 2.2% dicatatkan dalam Indeks Harga GDT Fonterra dan 0.5% penurunan dalam harga purata bagi keseluruhan susu tepung kepada $ 2,390/mt sewaktu lelongan Perdagangan Tenusu Global baru-baru ini. Pasangan mata wang NZD/USD ini juga telah dipengaruhi oleh sentimen dolar yang positif dan spekulasi bahawa RBNZ akan mengurangkan kadar faedah pada beberapa bulan yang akan datang. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh perbezaan kepentingan pasangan NZD-USD.

Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun. Purata pergerakkan 5 dan 15-hari semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7315. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7270. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7410. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7450 dan sasaran kedua pada tahap 0.75.

Tahap Rintangan:
0.7450
0.75
0.7555

Tahap Sokongan:
0.7315
0.7270
0.7225

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan