Harga emas telah memberhentikan pergerakkan penurunan harga pada tahap penarikan semula 50% dan di atas Ichimoku Cloud sebagaimana yang telah dijangka. Ini adalah merupakan tanda positif untuk kenaikan harga kerana ini mengekalkan peluang kenaikkan harga ke arah $ 1.250 agar kekal sah. Gambaran dagangan jangka panjang saya masih berpihak kepada aliran penurunan harga.

Rintangan jangka pendek didapati terletak pada tahap $ 1,217. Manakala sokongan pula berada pada tahap $ 1,200. Penurunan harga yang bermula daripada tahap $ 1,230 kini telah diberhentikan. Terdapat peningkatan pada peluang perubahan arah aliran menaik. Sekiranya harga didagangkan lebih tinggi daripada tahap ini, maka kita harus menjangkakan lonjakan kenaikkan harga ke arah $ 1,250 jika tahap $ 1,230 ini berjaya ditembusi.

Carta mingguan kekal menurun apabila harga didapati telah ditolak pada rintangan Cloud. Pembentukan aliran menaik adalah bersifat pembetulan sehingga kini dan selagi harga didagangkan di bawah Ichimoku Cloud, gambaran mingguan saya akan kekal menurun. Sokongan mingguan penting masing-masing terletak pada tahap $ 1,170 dan pada $ 1,130.
