logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 25 Mei, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 25 Mei, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 25 Mei, 2015

Huraian Fundamental: Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas mencecah tahap tinggi hampir satu bulan 0.9457 pada hari Jumaat. Pasaran kewangan di Switzerland telah ditutup bersempena cuti umum. Pasangan mata wang USD/CHF disokong oleh sentimen dolar yang positif, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman Bank Negara Swiss untuk melaksanakan campur tangan dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh permintaan mata wang franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah.

Komen Teknikal: Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana corak kenaikkan harga "outside-day-range" telah selesai pada hari Jumaat. MACD dan Stokastik kini dalam aliran menaik. meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih beli. Purata pergerakkan 5 hari kini meningkat di atas purata pergerakkan 15 hari.

Cadangan Perdagangan: Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.95 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9550. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9280 jika harga bergerak dibawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9215. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9350.

Tahap Rintangan: 0.95 0.9550 0.96 Tahap Sokongan: 0.9280 0.9215 0.9175

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan