logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 Mei, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 Mei, 2015

Pasangan mata wang ini jatuh di bawah garisan aliran menaik menaik yang telah terbentuk daripada tahap rendah. Sewaktu sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah ditolak pada garisan aliran rendah yang lebih rendah. Hari ini, pasangan mata wang ini telah ditolak pada tahap 20Dsma, berdagang di bawah tahap rendah 2 sebelumnya. Berdasarkan kepada carta empat jam, pasangan mata wang ini telah membnetuk tahap tinggi. Pada hari ini, perhatian para pedagang diramalkan akan tertumpu kepada laporan ekonomi teras pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat. Data pembuatan Mac mengukuh semula selepas mencatatkan bacaan negatif selama tujuh bulan. Kami menjangkakan bahawa bacaan April akan kekal di atas 0.4%. Menjelang pengumuman laporan, pound diniagakan lebih rendah berbanding USD. Sokongan selari didapati terletak pada tahap 1.5446 dan 1.5393, yang mana tahap ini adalah merupakan tahap rendah mingguan. Sebelum memulakan aliran harga yang seterusnya, kami meramalkan bahawa mata wang pound akan mencapai tahap 1.5330 dan 1.5300. Sekiranya aliran menaik hilang kawalan pada taahp 1.5300, maka harga berkemungkinan akan terus menurun menuju ke arah tahap 1.5220 di mana pesanan belian boleh diambil. Pasangan mata wang ini memihak kepada pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah dengan sl ditetapkan pada tahap 1.5100. Tahap rendah didapati terletak di antara tahap 1.5220 dan 1.5150 dengan sl pada tahap 1.5100. Tahap yang lebih rendah 1.5220 dan 1.5150 adalah dijangkakan sekiranya harga menutup di bawah 1.5393.

Urusniaga harian: Sokongan paling hampir didapati terdapat pada tahap 1.5446. Aliran penuruan harga mempunyai peluang jualan di bawah tahap 1.5440 yang mensasarkan ke arah tahap 1.5390, 1.5355, 1.5340, dan mungkin juga ke tahap 1.5300 dengan sl berada pada tahap 1.5510. Rintangan urusniaga harian dilihat masing-masing terletak pada pada tahap 1.5475, 1.5510 dan 1.5550. Sehingga harga menutup di bawah 1.5700, aliran penurunan harga akan mempunyai kelebihan. Tekanan jualan akan lebih cenderung memihak di bawah tahap 1.5390 ke arah 1.5350 dan 1.5340. Aliran menaik mempunyai peluang membeli di atas tahap 1.5525 yang mensasarkan masing-masing ke arah tahap 1.5550, 1.5570 dan 1.5600. Untuk kes ekstrem, aliran menaik boleh mensasarkan ke arah tahap 1.5660. Aliran menaik akan mendapatkan semula kekuatan di atas tahap 1.5700.

Perdagangan: Ambil pesanan menjual di bawah tahap1.5440, panik di bawah tahap 1.5390

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 Mei, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan