Huraian Umum untuk 27/05/2015 09:55 CET
Terdapat dua kemungkinan senario pada carta urusniaga harian. Kedua-dua senario ini bergantung kepada tahap pelanggaran utama. Senario perkiraan utama menunjukkan bahawa gelombang (ii) hijau telah berakhir dan gelombang i biru kini sedang membangun. Oleh yang demikian, kenaikkan harga semasa hanya bersifat minor, kitaran pembetulan dalaman perlu berakhir di bawah rintangan urusniaga harian pada tahap 134.50 dan harga akan melanjutkan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah. Sementara itu, perkiraan alternatif menunjukkan bahawa struktur pembetulan harga yang lebih kompleks pada gelombang (ii) hijau dan penembusan harga mungkin berlaku di atas tahap rintangan urusniaga harian bagi membolehkan gelombang c hijau pada keseluruhan struktur berakhir. Dalam kedua-dua senario ini, tahap utama terletak pada sokongan urusniaga harian 133.65 sebagaimana mana-mana penembsusan harga yang lebih rendah akan dianggap sebagai aliran menurun.
Sokongan/Rintangan:
133.08 - Sokongan teknikal
133.65 - Sokongan urusniaga harian|Tahap utama|
134.29 - Pangsi mingguan
134.50 - Rintangan urusniaga harian
135.23 - WR1
135.31 - Rintangan teknikal
Cadangan Perdagangan:
Daytraders harus mempertimbangkan cadangan kami untuk membuka pesanan menjual daripada tahap harga semasa dengan SL hanya terletak di atas tahap 134.51 dan TP pada tahap 133.65. Adalah diingatkan bahawa penjualan yang lebih besar dalam pasaran ini boleh berlaku sekiranya tahap sokongan teknikal yang lebih rendah pada tahap 133.08 ini ditembusi.

