logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 28 Mei, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 28 Mei, 2015

Hari ini adalah merupakan hari yang tenang di pasaran berikutan kekurangan data makroekonomi. Perkara yang sepatutnya diberikan perhatian mulai hari ini. Kami mempunyai beberapa laporan ekonomi yang mana ia akan memberikan impak yang besar terhadap pasaran, bermula dengan anggaran KDNK UK q/q. Kami menjangkakan bahawa bacaan akan mencatatkan peningkatan 0.4%, tetapi kekal di bawah anggaran sebelumnya. Selain, tuntutan pengangguran dan jualan rumah belum siap m/m juga bakal dikeluarkan. Kami menjangkakan bacaan yang positif dari Amerika Syarikat.

Gambaran Teknikal: Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun selama 4 hari berturut-turut. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi 200Dsma dan menutup di atas tahap tersebut. Pada sesi dagangan Asia hari ini, pasangan mata wang kini sedang diniagakan pada tahap 1.5350 berbanding harga penutupan Rabu pada tahap 1.5354. Kami menasihati para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 1.5300. Pada sesi dagangan semalam, kami telah mensyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 1.5300 dan 1.5260, tahap rendah telah dicatatkan pada tahap 1.5302. Rintangan urusniaga harian masing-masing terletak pada tahap 1.5360, 1.5390 dan 1.5460. Manakala sokongan urusniaga harian pula dilihat terletak pada tahap 1.5320 dan 1.5300. Kami mengesyorkan pesanan membeli di atas 1.5390 dengan sasaran pada tahap 1.5440 dan 1.5460. Untuk perdagangan hari ini, pesanan jualan boleh didapati di bawah tahap 1.5280 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.5240, 1.5200 dan 1.5170. Sokongan mingguan didapati berada pada tahap 1.5150 dan 1.5100.

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 28 Mei, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan