
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/USD jatuh ke tahap 1.0818 pada hari semalam sebelum harga ditarik semula secara mendadak. Pasangan mata wang ini kelihatan seolah-olah telah menamatkan aliran kaunter (3 gelombang menurun) daripada tahap 1.1450. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa pasangan mata wang ini telah melantun daripada tahap sokongan Fibonacci 0.681 pada aliran kenaikkan harga di antara tahap 1.0550 dan 1.1450. Selain itu, rintangan terdahulu kini telah bertukar menjadi sokongan yang juga melalui wilayah yang sama (1.0800). Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli sekarang dengan risiko ditetapkan di sekitar tahap 1.0700. Kesinambungan aliran menaik berpotensi untuk menembusi tahap 1.1450 dalam beberapa minggu yang akan datang. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.0650, 1.0550 dan diikuti oleh tahap lebih tinggi. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 1.1200 (interim), dan diikuti oleh tahap 1.1450 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Mulakan kedudukan membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.0700, dan sasaran di atas tahap 1.1450.
Semoga berjaya!
