logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 29 Mei, 2015

Analisis Harian GBP/USD untuk 29 Mei, 2015

Pasangan mata wang GBP/USD masih didagangkan lebih rendah, walau bagaimanapun tidak ada pola penurunan harga yang jelas pada carta harian. Itulah sebabnya kami ingin melihat pengukuhan harga sebelum ia jatuh ke tahap sokongan 1.5199 dalam jangka masa sederhana.

Analisis Harian GBP/USD untuk 29 Mei, 2015

Semasa sesi dagangan hari ini, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah jatuh di bawah tahap 1.5358. Pada masa sekarang, pasangan GBP/USD kelihatan sedang cuba untuk naik sehingga mencapai zon rintangan yang terletak pada tahap 1.5358, di mana ia dapat mencari reaksi kuat penjual dan menguji tahap sokongan 1.5259 sekali lagi. Sudah tentu, jika pasangan ini gagal untuk menembusi pada zon harga tersebut, kesinambungan harga ke tahap yang lebih rendah 1.5158 akan berlaku

Analisis Harian GBP/USD untuk 29 Mei, 2015

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5346 / 1.5543

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5199 / 1.5090

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5358 / 1.5443

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5259 / 1.5158

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5259, take profit di tahap 1.5158, dan stop loss pada tahap 1.5358.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan