logo

FX.co ★ Analisis Gelombang #USDX untuk 01 Jun, 2015

Analisis Gelombang #USDX untuk 01 Jun, 2015

Indeks Dollar Amerika Syarikat berkemungkinan besar sedang berada di dalam fasa pembetulan gelombang 4. Kita harus menjangkakan gelombang menaik impulsif baru sebagai sebahagian daripada gelombang kelima pada gelombang 1 ke arah tahap tinggi baru. Gelombang pembetulan tiga yang terletak pada tahap 93.10 telah selesai dan pembalikan harga akan disahkan tidak lama lagi dengan turutan menaik gelombang 5 dari tahap rendah baru-baru ini. Penarikan semula harga yang kuat harus dijangkakan sebelum harga menyambung semula aliran menaik.

Analisis Gelombang #USDX untuk 01 Jun, 2015

Garis hitam = saluran kenaikkan harga

Garis merah = Saluran pembetulan gelombang 4

Garis Oren = saluran penurunan harga terdahulu yang telah ditembusi

Indeks Dollar AS diniagakan di atas Ichimoku cloud. Saya yakin bahawa harga kini sedang berada di dalam gelombang 4 mendatar yang bakal berakhir tidak lama lagi. Gelombang menaik baru akan bermula. Kami menjangkakan gelombang menaik ini berkemungkinan besar merupakan gelombang 5 menaik baru yang bermula daripada tahap 93.10. Ini akan melengkapkan gelombang 1 pada aliran menaik baru yang dijangkakan akan mencecah tahap tertinggi baru. Sokongan jangka pendek didapati terletak pada tahap 96.70 manakala rintangan jangka pendek pula dilihat berada pada tahap 97.30.

Analisis Gelombang #USDX untuk 01 Jun, 2015

Dua minggu lalu adalah merupakan aliran kenaikkan harga untuk Indeks Dollar Amerika Syarikat. Kenaikkan harga ini telah berjaya menolak harga bukan sahaja di atas Kijun sen tetapi juga di atas Tenkan-sen. Penarikan semula 38% telah ditembusi dan saya percaya ia sudah berakhir. Satu pergerakkan menaiik impulsif baru kini telah bermula. Kita perlu menjangkakan ujian semula harga pada indikator Tenkan-sen merah tetapi pandangan jangka panjang saya masih kekal memihak kepada aliran menaik.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan