logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Jun, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Jun, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Jun, 2015

Huraian Fundamental: Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas harga mencecah tahap rendah empat setengah tahun 0.7065 pada pagi ini. Pasaran kewangan di New Zealand telah ditutup bersempena cuti umum hari ini. Pasangan mata wang NZD/USD terjejas ekoran spekulasi bahawa RBNZ akan menurunkan kadar faedah pada bulan-bulan yang akan datang, selera risiko pelabur yang berkurangan, dan harga tenusu yang melemah serta penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD dan EUR/NZD. terapung. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh sentimen USD yang melemah dan perbezaan kepentingan pasangan mata wang NZD-USD.

Komen Teknikal: Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, Stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan 5 dan 15-hari semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7090. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7030. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7140. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7200 dan sasaran kedua pada tahap 0.7270.

Tahap Rintangan: 0.7200 0.7270 0.73

Tahap Sokongan: 0.7090 0.7030 0.7

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan