Mata wang pound mencecah tahap rendah empat minggu berbanding USD selepas Amerika Syarikat mengeluarkan laporan pembuatan. Dolar AS menguasai dagangan berbanding pasangan utama yang lain pada sesi dagangan semalam.
Pelarasan bermusim PMI Markit/CIPS ditandakan lebih tinggi kepada 52.0 bagi bulan Mei, meningkat berbanding bacaan semakan semula yang mencatatkan sebanyak 51.8 pada bulan April (yang dilaporkan sebelum ini sebagai 51.9). Sektor perkilangan UK menunjukkan kesinambungan kenaikkan sederhana di dalam kedua-dua; pesanan output dan pesanan baru pada bulan Mei. Aktiviti ekonomi di dalam sektor perkilangan bagi bulan Mei berkembang untuk bulan ke-29 berturut-turut. Ekonomi keseluruhan meningkat kepada bulan ke-72 berturut-turut.
Acara ekonomi yang akan Datang: Hari ini, perhatian para pedagang akan tertumpu kepada laporan PMI pembinaan. Sektor pembinaan UK telah mencatatkan kenaikkan untuk seketika, yang diketuai oleh pasaran perumahan.
Analisis teknikal: Pasangan mata wang ini telah menembusi 20Wsma dan didagangkan dalam aliran menaik. Sokongan mingguan ditemui terletak pada tahap 1.5150 dan 1.5089. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah mencecah 100Dsma dan 50Dsma yang terletak pada tahap 1.5165. Kami menjangkakan lantunan teknikal dengan sasaran pada tahap 1.5300 dalam tempoh satu atau dua hari lagi, kemudian tahap 1.5525 untuk kes ekstrem. Kami menasihati para pedagang agar mengambil pesanan membeli di antara tahap 1.5150 dan 1.5100 dengan sl dietatpkan pada tahap 1.5089. Kecenderungan aliran yang sama masih disyorkan untuk minggu ini. Berdasarkan kepada carta 1H, corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah kini sedang membangun. Harga dilihat telah mengukuh pada tahap 1.5200 untuk tempoh 8 jam. Seperti yang kami terangkan sebelum ini, lantunan teknikal adalah berpotensi. Untuk sesi dagangan hari ini, pesanan membeli berisiko boleh diambil dengan sl terletak pada tahap 1.5160 dan sasaran masing-masing pada tahap 1.5240, 1.5260 dan 1.5300 dan 1.5200 CMP. Pesanan belian selamat akan kelihatan di atas tahap 1.5220. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.5160 dan 1.5130. Pesanan Belian dinasihatkan dengan kuantiti yang kecil. Aliran kenaikkan harga berkemungkinan akan mendominasi semula pasaran di atas tahap 1.5300 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.5340, 1.5380 dan 1.5420. Sekiranya urusniaga harga rendah berlaku, maka adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di antara tahap 1.5130 dan 1.5100.

To contact the author of this analysis, please email- joseph.wind@analytics.instaforex.com
