logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Perak untuk 02 Jun, 2015

Analisis Teknikal Perak untuk 02 Jun, 2015

Analisis Teknikal Perak untuk 02 Jun, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Perak melonjak naik melalui tahap $ 17.20 pada hari semalam sebelum harga ditarik semula dengan mendadak. Komoditi ini dilihat sedang berdagang di sekitar tahap $ 16.70 pada masa ini, berusaha untuk melanjutkan aliran menaik sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 17.30/40. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dengan menetapkan risiko disekitar tahap $ 16.00. Para pedagang juga diingatkan bahawa pasangan mata wang ini mempunyai sokongan di sekitar tahap fib 0.618 pada aliran menaik di antara tahap harga $ 16.15 dan $ 17.40. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 16.50 (interim), dan diikuti oleh tahap $ 16,15, $ 15,80, dan lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 17.30/40, dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 17.70/80, $ 18.40/50, dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $16.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan