logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 02 Jun, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 02 Jun, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 02 Jun, 2015

Huraian Fundamental: Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas mencecah tahap tinggi dua minggu 136.47 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun. Untuk aliran menaik, pasangan mata wang GBP/JPY ini telah dihadkan oleh selera risiko pelabur yang berkurangan dan eksport Jepun.

Komen Teknikal: Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana corak kenaikkan harga "outside-day-range" telah selesai pada hari Isnin. Stokastik adalah merupakan aliran menaik, bar histogram MACD kini beralih kepada positifn dan purata pergerakkan 5 hari kini berada di atas purata pergerakkan 15-hari dan semakin menaik.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 190.60 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 191.20. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 188.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 187.80. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 189.25.

Tahap Rintangan: 190.60 191.20 191.75

Tahap Sokongan: 188.60 187.80 187

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan